1.1 Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
1.1.1 Gambaran Keseluruhan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
1.1.1.1 Mendefinisikan TMK
1.1.1.1 Mendefinisikan TMK
Teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu istilah umum yang menerangkan sebarang teknologi yang membantu menghasilkan, memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi, dan atau menyebarkan maklumat yang melibatkan teknologi komputer serta perpindahan dan perkongsian maklumat dalam kehidupan.
1.1.1.2 Menerangkan evolusi komputer secara ringkas
Komputer merupakan peralatan penting dalam kehidupan sekarang. Boleh dikatakan, setiap rumah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah komputer peribadi (PC) atau komputer riba (Laptop). Menurut sejarah komputer, peralatannya sering dirujuk melalui generasi-generasi. mengikut aras teknologi semasa komputer itu dibangunkan seperti berikut:
Generasi Pertama (1940-1956)
Semasa komputer generasi pertama dibangunkan, ia dilengkapi dengan tiub vakum (vacuum tubes). Ia adalah sejenis peratalan yang diperbuat daripada kaca dan beroperasi sebagai komponen penyimpanan dan pemprosesan data. Masalah yang dihadapi komputer generasi ini ialah, ia menghasilkan haba dengan kuantiti banyak yang boleh merosakkan komputer itu sendiri. Malah tiub vakum ini sendiri mudah terbakar. Contoh komputer pada generasi ini ialah, ENIAC. Komputer ini mempunyai timbangan sehingga 30 ton, mempunyai ~18 000 tiub vakum, memenuhi ruang 30 sehingga 50 kaki dan menggunakan sekurang-kurangnya 16 000 watt tenaga elektrik.
Generasi Kedua (1956-1963)
Transistor mula digunakan menggantikan tiub vakum dalam sistem komputer. Transistor ialah peralatan bersaiz kecil yang memindahkan signal elektronik melalui perintang (resistor). Satu transistor berfungsi menyamai 40 tiub vakum. Ia tidak menghasilkan haba dengan kuantit yang banyak dan kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding tiub vakum. Ia lebih pantas, murah dan kecil berbanding tiub vakum menjadikan komputer pada generasi ini lebih pantas, kecil dan lebih dipercayai.
Generasi Ketiga (1964-1971)
Pada generasi ini, pembuat komputer mula mengantikan transistor dengan litar bersepadu atau lebih dikenali sebagai IC (intergrated circuit). Ia adalah sejenis litar elektronik lengkap yang terbina di atas cip silikon yang dipanggil sebagai semikonduktor. Sudah semestinya komputer pada zaman ini lebih kompak dan lebih dipercayai berbanding komputer dari generasi kedua. Pada zaman ini, sistem operasi (operating system) mula menampung pelaksanaan tugas serentak (multi-task). Dikatakan juga komputer mula digunakan secara meluas pada zaman ini kerana saiz yang semakin kecil dan semakin murah berbanding generasi sebelumnya.
Generasi Keempat (1971-sekarang)
Mikropemproses (microprocessor) mula diperkenalkan di mana, terdapat ribuan IC dibina di atas satu cip silikon. Apa yang ada pada generasi pertama yang memenuhi ruang seluas 30-50 kaki, kini dipadatkan ratusan kali ganda. Antara mikropemproses yang diperkenalkan pada permulaan generasi ini ialah cip Intel 4004. Segala-galanya diletakkan dalam satu cip.
Generasi Kelima (Sekarang-Akan datang)
Ia berdasarkan kecerdasan buatan (artificial intelligence –AI). Masih dalam pembangunan, namun telah diterapkan ke dalam beberapa peralatan elektronik pada hari ini. Contohnya, pengaplikasian Siri pada telefon pintar iPhone 4S milik Syarikat Apple dan tefeon pintar Galaxy SIV milik syarikat Samsung.
1.1.2 TMK Dalam Kehidupan Seharian: Pendidikan, Perbankan, Perindustrian dan Perdagangan
1.1.2.1 Menyenaraikan kegunaan TMK dalam kehidupan seharian
1.1.2.1 Menyenaraikan kegunaan TMK dalam kehidupan seharian
PENDIDIKAN
PERBANKAN & PERNIAGAAN
KEHIDUPAN HARIAN DI RUMAH
PERINDUSTRIAN
- Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.
- Menarik minat pelajar ketika proses P&P
- Meluaskan pengetahuan pelajar dalam pencarian dan dapatan maklumat.
PERBANKAN & PERNIAGAAN
- Mewujudkan satu komunikasi yang luas dengan pelanggan.
- Mengurangkan kos operasi dan masa.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan.
KEHIDUPAN HARIAN DI RUMAH
- Memudahkan pengurusan rumah
- Maklumat dapat di capai dengan mudah walaupun dari rumah dengan adanya kemudahan komputer dan internet serta televisyen.
- Komunikasi jauh bole d wujudkan.
PERINDUSTRIAN
- Memudahkan perancangan pengeluaran dan sistem kawalan
- Membantu proses mereka bentuk produk dengan menggunakan perisian CAD
- Membantu pekerja mengendalikan mesin
- Membantu tadbir untuk mengawasi dan mengendalikan seluruh operasi kilang.
1.1.2.2 Menyatakan perbezaan di antara sistem
berkomputer dengan sistem yang tidak berkomputer
Sistem Berkomputer
|
Sistem Tidak Berkomputer
|
1.1.2.3 Menyatakan kesan TMK kepada masyarakat
( Faedah ICT)
1. Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci – pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah – maklumat dapat diakses secara mudah – maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara dan sebagainya.
2. Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia – laman-laman social yang wujud seperti Facebook, twitter dan Myspace – manusia dapat berkenalan – dapat mengenali rakan-rakan luar – menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama.
3. Memudahkan urusan harian manusia – pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai – boleh dibuat secara dalam talian – tidak perlu beratur panjang dan dapat menjimatkan masa.
4. Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas – berita disampaikan secara atas talian dari seluruh dunia– tidak perlu menunggu – perkembanga dunia yang terkini dapat diperolehi.
Keburukan ICT
1. Fitnah dapat disebarkan secara lebih mudah – sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat – maklumat sahih sukar ditentukan
2. Pelajar leka dengan penggunaan internet – mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain – seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya – membuang masa dengan bermain game
3. Terdedah kepada perkara tidak baik – cerita lucah, gambar lucah dan bicara lucah – merosakkan akhlak dan jiwa remaja – boleh mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik.
4. Bertambahnya kes jenayah seperti kecurian – remaja terpaksa mencari duit untuk mengunjungi pusat-pusat siber atau menambah nilai telefon bimbit – ada yang mencuri duit ibu bapa, merompak dan meragut.

Rujukan Tambahan
bidang-pembelajaran-1-1-tingkatan-4.pdf | |
File Size: | 2360 kb |
File Type: |