BIDANG
Sumber Rujukan Pendidikan Hiburan Perniagaan Kesenian Perubatan Kejuruteraan |
SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT
Multimedia digunakan sebagai sumber rujukan utama. Ensiklopedia, direktori, kamus dan buku online adalah di antara rujukan multimedia utama kebiasaanya. Multimedia juga digunakan di dalam pembelajaran dan latihan. Pembelajaran telah menjadi lebih menarik dan berkesan dengan program-program seperti "edutainment" yang mana menggabungkan pembelajaran dan keseronokan. Multimedia digunakan juga di dalam industri hiburan secara meluas. Indutri ini menghasilkan permainan komputerndan membangunkan animasi taupun kesan khas untuk animasi kartun dan filem. Di dalam perniagaan, aplikasi multimedia digunakan di dalam pengiklanan produk. Kebanyakkan syarikat hari ini, menghasilkan dan mengedarkan katalog-katalog dalam bentuk CD-ROM yang mana ianya lebih menarik kepada pelanggan. Di dalam bidang kesenian, artis menggunakan elemen multimedia dengan menggabungkan lakaran dan animasi. Di dalam bidang perubatan, doktor-doktor boleh berlatih ataupun dilatih dalam menjalankan pembedahan yang berisiko tinggi dengan menggunakan pembedahan maya (virtual). Di dalam kejuruteraan Computer Aided Design (CAD) digunakan. Dengan menggunakan aplikasi ini, jurutera boleh melihat sesuatu reka bentuk daripada pelbagai aspek dan menambah baik sesuatu reka bentuk tersebut sebelum pembuatannay. |